Sunday, May 22, 2011

.......UnGkaPaN TeRakHiR DaRimU SaHaBaT....

Setiap manusia di muka bumi ini mesti mendambakan seorang sahabat sejati. Banyak cerita2 yg korg msti pnah dgr, baca yg blh menyentuh jiwa korg. aku nk kongsi la cerita yg aku baca. menyentuh juga di sanubariku..kalau aku ada sahabat begini msti bahagia hdup aku..jom kita layan~

**************************************************************************

Terdapat dua orang sahabat baik di sebuah kampung. Sejak kecil lagi, setiap perkara yang mereka buat akan dilakukan bersama-sama. Dari meredah hutan, memancing, belajar dan apa-apa sahaja sekalipun, mereka akan melakukannya bersama-sama. Pendek kata, di mana ada sahaja, akan ada mereka berdua.


Seawal usia remaja, negara mereka telah dilanda satu peperangan. Ini telah memaksa semua remaja untuk melibatkan diri dalam bidang ketenteraan bagi mempertahankan tanah air. Tidak terkecuali, dua orang sahabat ini. Mereka memasuki bidang ketenteraan bersama-sama.


Pada suatu pagi yang hening, tiba-tiba pihak musuh telah menyerang markas tempat tentera ini. Maka suasana yang pada mulanya hening menjadi hingar bingar. Kdengaran buyi tembakan mush memecahkan kesunyian pagi. Pihak musuh yang menyerang telah menembak membabi buta. Maka, tunggag langgangla lah pihak tentera tadi termasuk dua orang sahabat tadi.


Sesampainya mereka di markas rahsia. Sahabat tadi mendapati bawah sahabat baiknya tiada di situ. Maka dengan rasa kelam kabut, dia bergegas meminta izin kepada ketuanya untuk keluar kembali ke tempat peperangan untuk mencari sahabtnya tadi. Tapi ketua itu telah menolak seraya berkata " Untuk apa engkau kembali ke sana, sahabatmu telah mati dan engkau mungkin akan ditembak musuh. Sia-sia sahaja. "


Oleh sebab terlalu kasihkan sahabatnya. Maka, dia tidak mengendahkan arahan kaptennya tadi.


Selang setengah jam kemudian, dia pulang dengan ada kesan tembakan di bahagian perut. Ketuanya melihat seraya berkata. "Kan aku dah kata hanya sia-sia je" Sahabat tadi menjawab " Tidak sia-sia wahai ketua, aku dapat  mendengar kata-kata terakhirnya" Kapten tadi mendengar sambil berkata dalam hati "Hanya cakap kosong"


Namun, oleh sebab rasa ingin tahu yang tinggi, maka ketua tadi datang semula kepada seraya bertanya. "Sebenarnya apa yang dia telah katakan kepada kamu sehingga kamu sanggup untuk menggadaikan nyawa kamu kepadanya?"


Jawablah sahabat tadi sambil berkata " Saya tahu kamu akan datang kembali mencari saya" Itulah kata-kata terakhirnya sambil tersenyum puas.


************


Dalam hidup ini, sukar untuk kita mencari seorang sahabat yang dapat terima baik buruk kita. Seorang sahabat yang mampu untuk bersama dengan kita masa susah dan senang. Sebanya, kita tak mampu untuk berfikir apa yang ada dalam fikiran dan hati seseorang itu. 


Hatta seorang ibu sekalipun, dia tidak mampu untuk membaca apa yang difikirkan oleh anaknya walaupun dia yang melahirkan anaknya tersebut.


Satu hari nanti, bila korang telah menemukan seorang sahabat sejati. Maka jagalah diri dia dengan sebaik-baiknya kerana mungkin satu hari nanti, korang takkan menemukan lagi seorang lagi sahabat sepertinya. Sahabat sejati takkan sanggup menggadaikan persahabatanya semata-mata keran cinta dan duit. Selalu korang tengok dalam filem-filem melayu, seorang sahabt sejati lebih sanggup memendamkan perasaan daripada melukakan hati kawannya tersebut.


Bagi aku, tiada satu tips pun yang mampu menolong korang mendapatkan seorang sahabat sejati. Ia datang secara tiba-tiba, dan ia akan kekal selama-lamanya. Berbahagilah korang bila korang sudah mampu menyedarinya. ^^

Monday, May 16, 2011

hargailah apa yg kita ada skg ni....=)

•Di  waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
•Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
•Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
•Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
•Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
•Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
•Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
•Tidak mudah mencari yang telah hilang
•Tidak mudah mengejar impian
•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
•Karena walaupun digenggam terlepas juga
•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
•Apalagi yang mahu diperebutkan
•Apalagi yang mahu disombongkan
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu berhitung
•Jangan hanya mahu menang sendiri
•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
•Hidup sentiasa ceria dan bebas
•Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan